Wednesday, June 16, 2010

Toy Car

Pernah sekali I tengok rancangan tv yang cerita pasal toys. Kajian pasal kecenderungan kanak-kanak dengan alat mainan. Perbezaan antara sifat kanak-kanak perempuan dengan kanak-kanak lelaki terhadap alat permainan. Very interesting. Toys untuk budak perempuan dan budak lelaki ada bezanya. Samaada sememangnya fitrah atau pun ibu bapa yang mencenderungkan ke arah itu. Normally, girls sukakan toys yang soft... girly. Macam baby doll, teddy bear, alat masak atau alat make up. Tapi berbeza dengan boys. Boys lebih sukakan toys yang bersifat kelelakian dan benda-benda yang bergerak, like robot and cars.

At my house memang banyak toys untuk budak perempuan. Pinggan mangkuk, baby doll, teddy bear, etc. Ye la, my first child is girl. Four years kemudian baru dapat my second child. My son. So, toy terkumpul Humaira memang banyak. Itupun banyak yang I dah dermakan pada orang.

Seriously, toys for boy tak banyak kat rumah. I cuma belikan DD, basikal kecil yang kayuh dgn kaki dan yang latest, battery chargeable motor. So selama ni my son DD, akan ikut his sister bila-bila nak main. Main toys budak perempuan.

Next month DD turn to 2 years old. I realized yang DD dah mula menunjukkan minat dengan toy car. Masa pegi rumah kak lang, DD excited main dengan chu chu train (thomas train). Tarik chu-chu train tu kebelakang dan lepaskan, train tu akan gerak sendiri. DD sangat suka, sampai tak mau orang lain sentuh chu-chu train tu. :)
Masa balik kampung my husband baru-baru ni, DD nampak satu kereta mainan kat rumah tok my husband. Kali ni sport car... DD ambil dan main. Siap masuk dalam poket seluar lagi. ;) tapi DD tak bawa balik rumah tau. :)

Pagi tadi, bangun-bangun tido, tak mandi lagi I dah duduk dengan my kids. Main lego mini block. I buatkan DD kereta dari lego tu. Siap ada roda lagi. So boleh gerak macam toy car biasa. DD sangat-sangat suka. Rupa takde la cantik macam kereta betul. But as long ada roda dan boleh gerakkan, nampak la macam kereta kan... hehe...
Nak tahu, DD asyik pegang saja lego mini block car tu. Sometimes, block tu tercabut, DD akan pasang balik. Dan tahu kat mana nak pasang. Sebab dah hafal bentuk rupa kereta lego yang I buatkan untuk dia.

Nampaknya I kena belikan DD toy car lepas ni. Siap ada remote control lagi. Baru jadi anak jantan my lil boy ni kan... Papa ada budget tak...? hehe...



Ini la lego mini block car yang I buat untuk DD tadi. Tak ler canggih mana pun. Rupa pun tak macam kereta. hehe... Tapi DD tau tu macam kereta, sebab ada roda. DD betul-betul appreciate. Sampai ke malam, kereta tu still dalam bentuk sama macam pagi tadi.... DD tak leraikan pun... :)



Yang girl tu lego mini block Humaira



DD sampai tertido dengan lego mini block car tu. nak-nak pula DD tengah demam. Every time makan ubat je, terlelap.



Friday, June 4, 2010

Balik sandakan

Balik kampung... oOO... oOO.. oOO balik kampung.... hehehe...
Best nyer dapat balik kampung... Last time I balik sandakan, raya tahun lepas. Dah agak lama jugak ler. Memandangkan tahun ni I and family akan beraya di kampung my husband, so ni adalah peluang I bring my kids back to my hometown... At least once a year I kena balik sandakan. Miss my family members there... huhu...

23 Mei lepas I and my kids fly to Sandakan. Husband I balik on Wesak day holiday tuh. Sebab husband I busy sangat-sangat. Ni pun nak balik Sandakan kena booked jadual husband I awal-awal. kena buat appointment ler kira nyer. hehe... Memang selalu I balik sendiri dengan my kids je. Balik raya, I akan balik dulu. Ye la kan, I tak kerja. So tak la terikat nak ambil cuti itu ini kan. Minta cuti dari husband I je la. haha..!!!

This time husband I belikan tiket business class for me & my kids. Sebab husband I cakap, nak mudahkan I jaga both of my kids dalam plane nanti. Dan boleh tunggu & rest dalam golden club lounge kat KLIA. Actually, kalau ikut I, beli tiket economy class pun boleh jer. sama je kan. sampai juga. Dan I pun dah biasa travel sendiri with my kids, without my husband. Tapi my husband insist juga nak I naik business class. So, ok la. Husband dah bagi. Terima je la kan... TQ hubby...;) Lagipun my husband ada enrich kad gold. so point terkumpul ada banyak sangat. So, husband I dapatkan 1 tiket free dengan tukar enrich point je. Yang 1 tiket lagi beli...




Aktiviti my kids @ Domestic Golden Club Lounge, KLIA... Dalam kids area


Kalau dulu nak balik sandakan terasa lama sangat. Tapi sebab agak selalu juga balik, dan dah pernah travel flight lagi lama dari pergi Sandakan, so kali ini rasa macam kejap je sampai Sandakan... plus DD menangis dan meragam dalam plane about 1/2 hours... huh..!!! Jadi masa banyak habis nak pujuk DD jer. Sampai tak sedar masa berlalu.

Kami sampai Sandakan waktu maghrib. Humaira memang dah biasa dengan rumah kat Sandakan. Tapi Humaidi still dalam proses membiasakan diri. Ye la last time kami balik DD kecik lagi. Belum tau apa-apa sangat. Belum kenal semua orang. Last time balik Sandakan, DD tak mau dengan semua orang. DD asyik nangis. Asyik berkepit dengan I. This time, DD dah boleh bergaul dengan aunties & uncles... Siap I boleh tinggal DD, sebab bungso ajak keluar pergi beli ketam kat pasar.... Wah... satu perkembangan yang baik nampaknye. Kalau gitu, next time kalau balik kampung, I boleh keluar dating dengan my husband berdua je. Anak-anak tinggal kat rumah with nenek, aunties & uncles.... :p

DD with papa... DD bila dah lama tak dapat jumpa dengan papa, bila jumpa jer, tengok la macam mana... suka sangat-sangat... Masa cuti macam ni la papa ada peluang main-main dengan anak-anak.... happy sangat.... :)


Balik Sandakan sekarang ni wajib kena tido kat rumah bungso, my aunt. Humaira sangat suka kalau tido rumah nenek bungso. Sebab kat rumah nenek bungso ada rabbit. Humaira memang suka sangat dengan rabbit. Kalau kat rumah nenek pula ada kucing... Humaira memang suka sangat dengan pet. Bakal veteriner kot Humaira ni... :) Kat rumah bungso, bungso ajar buat egg tart. Egg tart ni my favourite & DD. Biasanye nak makan egg tart kena beli. Tapi this time dapat makan egg tart yang buat sendiri. Bukan I yang buat ler... tapi my cousin. I tengok-tengok je sambil belajar.... hehe...


Home made egg tart... Hot from oven. Comel sangat-sangat egg tart ni kan


Balik Sandakan kali ni juga sebenarnye, sebab nak organize & attend program reunion dengan kawan-kawan dari secondary school dulu. Dah 2 bulan I & my bff Ida plan ni. At first ramai juga la yang confirm nak join reunion ni. Tapi last minute ramai pulak yang cancel. Tapi kami proceed juga la. Dan alhamdulillah, reunion yang I & my friend organize ni berjaya... :)

Balik KL adalah saat-saat yang paling menyedihkan. Every time I balik Sandakan, my lil bro, Iwan, tiap-tiap hari tanya bila I nak balik KL. Dia selalu cakap, duduk la lama-lama kat Sandakan.... hhmmm, miss him so much... lagi-lagi DD rapat sangat dengan uncle Iwan. Masa I keluar pergi pasar dan meeting ALUMNI, Iwan yang jaga DD. Sebab dengan Iwan je yang DD nak sangat-sangat...


DD with uncle Iwan... my lil bro...

Nak sangat selalu dapat balik Sandakan. Dulu masa kat UTM teringat yang I & my friend, Cynthia duduk bawah pokok. Sambil bersedih. Boleh terfikir, kalau ada "pintu doraemon" kan syok. Boleh keluar masuk balik Sandakan suka-suka hati & bila-bila masa yang kita nak. huhuhu..... Nak pintu doraemon...............!!!! Supaya I boleh selalu balik sandakan........