Wednesday, June 16, 2010

Toy Car

Pernah sekali I tengok rancangan tv yang cerita pasal toys. Kajian pasal kecenderungan kanak-kanak dengan alat mainan. Perbezaan antara sifat kanak-kanak perempuan dengan kanak-kanak lelaki terhadap alat permainan. Very interesting. Toys untuk budak perempuan dan budak lelaki ada bezanya. Samaada sememangnya fitrah atau pun ibu bapa yang mencenderungkan ke arah itu. Normally, girls sukakan toys yang soft... girly. Macam baby doll, teddy bear, alat masak atau alat make up. Tapi berbeza dengan boys. Boys lebih sukakan toys yang bersifat kelelakian dan benda-benda yang bergerak, like robot and cars.

At my house memang banyak toys untuk budak perempuan. Pinggan mangkuk, baby doll, teddy bear, etc. Ye la, my first child is girl. Four years kemudian baru dapat my second child. My son. So, toy terkumpul Humaira memang banyak. Itupun banyak yang I dah dermakan pada orang.

Seriously, toys for boy tak banyak kat rumah. I cuma belikan DD, basikal kecil yang kayuh dgn kaki dan yang latest, battery chargeable motor. So selama ni my son DD, akan ikut his sister bila-bila nak main. Main toys budak perempuan.

Next month DD turn to 2 years old. I realized yang DD dah mula menunjukkan minat dengan toy car. Masa pegi rumah kak lang, DD excited main dengan chu chu train (thomas train). Tarik chu-chu train tu kebelakang dan lepaskan, train tu akan gerak sendiri. DD sangat suka, sampai tak mau orang lain sentuh chu-chu train tu. :)
Masa balik kampung my husband baru-baru ni, DD nampak satu kereta mainan kat rumah tok my husband. Kali ni sport car... DD ambil dan main. Siap masuk dalam poket seluar lagi. ;) tapi DD tak bawa balik rumah tau. :)

Pagi tadi, bangun-bangun tido, tak mandi lagi I dah duduk dengan my kids. Main lego mini block. I buatkan DD kereta dari lego tu. Siap ada roda lagi. So boleh gerak macam toy car biasa. DD sangat-sangat suka. Rupa takde la cantik macam kereta betul. But as long ada roda dan boleh gerakkan, nampak la macam kereta kan... hehe...
Nak tahu, DD asyik pegang saja lego mini block car tu. Sometimes, block tu tercabut, DD akan pasang balik. Dan tahu kat mana nak pasang. Sebab dah hafal bentuk rupa kereta lego yang I buatkan untuk dia.

Nampaknya I kena belikan DD toy car lepas ni. Siap ada remote control lagi. Baru jadi anak jantan my lil boy ni kan... Papa ada budget tak...? hehe...



Ini la lego mini block car yang I buat untuk DD tadi. Tak ler canggih mana pun. Rupa pun tak macam kereta. hehe... Tapi DD tau tu macam kereta, sebab ada roda. DD betul-betul appreciate. Sampai ke malam, kereta tu still dalam bentuk sama macam pagi tadi.... DD tak leraikan pun... :)



Yang girl tu lego mini block Humaira



DD sampai tertido dengan lego mini block car tu. nak-nak pula DD tengah demam. Every time makan ubat je, terlelap.



Friday, June 4, 2010

Balik sandakan

Balik kampung... oOO... oOO.. oOO balik kampung.... hehehe...
Best nyer dapat balik kampung... Last time I balik sandakan, raya tahun lepas. Dah agak lama jugak ler. Memandangkan tahun ni I and family akan beraya di kampung my husband, so ni adalah peluang I bring my kids back to my hometown... At least once a year I kena balik sandakan. Miss my family members there... huhu...

23 Mei lepas I and my kids fly to Sandakan. Husband I balik on Wesak day holiday tuh. Sebab husband I busy sangat-sangat. Ni pun nak balik Sandakan kena booked jadual husband I awal-awal. kena buat appointment ler kira nyer. hehe... Memang selalu I balik sendiri dengan my kids je. Balik raya, I akan balik dulu. Ye la kan, I tak kerja. So tak la terikat nak ambil cuti itu ini kan. Minta cuti dari husband I je la. haha..!!!

This time husband I belikan tiket business class for me & my kids. Sebab husband I cakap, nak mudahkan I jaga both of my kids dalam plane nanti. Dan boleh tunggu & rest dalam golden club lounge kat KLIA. Actually, kalau ikut I, beli tiket economy class pun boleh jer. sama je kan. sampai juga. Dan I pun dah biasa travel sendiri with my kids, without my husband. Tapi my husband insist juga nak I naik business class. So, ok la. Husband dah bagi. Terima je la kan... TQ hubby...;) Lagipun my husband ada enrich kad gold. so point terkumpul ada banyak sangat. So, husband I dapatkan 1 tiket free dengan tukar enrich point je. Yang 1 tiket lagi beli...




Aktiviti my kids @ Domestic Golden Club Lounge, KLIA... Dalam kids area


Kalau dulu nak balik sandakan terasa lama sangat. Tapi sebab agak selalu juga balik, dan dah pernah travel flight lagi lama dari pergi Sandakan, so kali ini rasa macam kejap je sampai Sandakan... plus DD menangis dan meragam dalam plane about 1/2 hours... huh..!!! Jadi masa banyak habis nak pujuk DD jer. Sampai tak sedar masa berlalu.

Kami sampai Sandakan waktu maghrib. Humaira memang dah biasa dengan rumah kat Sandakan. Tapi Humaidi still dalam proses membiasakan diri. Ye la last time kami balik DD kecik lagi. Belum tau apa-apa sangat. Belum kenal semua orang. Last time balik Sandakan, DD tak mau dengan semua orang. DD asyik nangis. Asyik berkepit dengan I. This time, DD dah boleh bergaul dengan aunties & uncles... Siap I boleh tinggal DD, sebab bungso ajak keluar pergi beli ketam kat pasar.... Wah... satu perkembangan yang baik nampaknye. Kalau gitu, next time kalau balik kampung, I boleh keluar dating dengan my husband berdua je. Anak-anak tinggal kat rumah with nenek, aunties & uncles.... :p

DD with papa... DD bila dah lama tak dapat jumpa dengan papa, bila jumpa jer, tengok la macam mana... suka sangat-sangat... Masa cuti macam ni la papa ada peluang main-main dengan anak-anak.... happy sangat.... :)


Balik Sandakan sekarang ni wajib kena tido kat rumah bungso, my aunt. Humaira sangat suka kalau tido rumah nenek bungso. Sebab kat rumah nenek bungso ada rabbit. Humaira memang suka sangat dengan rabbit. Kalau kat rumah nenek pula ada kucing... Humaira memang suka sangat dengan pet. Bakal veteriner kot Humaira ni... :) Kat rumah bungso, bungso ajar buat egg tart. Egg tart ni my favourite & DD. Biasanye nak makan egg tart kena beli. Tapi this time dapat makan egg tart yang buat sendiri. Bukan I yang buat ler... tapi my cousin. I tengok-tengok je sambil belajar.... hehe...


Home made egg tart... Hot from oven. Comel sangat-sangat egg tart ni kan


Balik Sandakan kali ni juga sebenarnye, sebab nak organize & attend program reunion dengan kawan-kawan dari secondary school dulu. Dah 2 bulan I & my bff Ida plan ni. At first ramai juga la yang confirm nak join reunion ni. Tapi last minute ramai pulak yang cancel. Tapi kami proceed juga la. Dan alhamdulillah, reunion yang I & my friend organize ni berjaya... :)

Balik KL adalah saat-saat yang paling menyedihkan. Every time I balik Sandakan, my lil bro, Iwan, tiap-tiap hari tanya bila I nak balik KL. Dia selalu cakap, duduk la lama-lama kat Sandakan.... hhmmm, miss him so much... lagi-lagi DD rapat sangat dengan uncle Iwan. Masa I keluar pergi pasar dan meeting ALUMNI, Iwan yang jaga DD. Sebab dengan Iwan je yang DD nak sangat-sangat...


DD with uncle Iwan... my lil bro...

Nak sangat selalu dapat balik Sandakan. Dulu masa kat UTM teringat yang I & my friend, Cynthia duduk bawah pokok. Sambil bersedih. Boleh terfikir, kalau ada "pintu doraemon" kan syok. Boleh keluar masuk balik Sandakan suka-suka hati & bila-bila masa yang kita nak. huhuhu..... Nak pintu doraemon...............!!!! Supaya I boleh selalu balik sandakan........


Saturday, May 8, 2010

Vegeroni Spirals Pasta

Vegeroni spirals pasta... my new lover. Vegeroni spirals ni salah satu jenis pasta. Ianya ada 3 jenis colour. Nama pun vegeroni, (vegetable + macaroni) mesti la colourful la kan. Macam sayuran. Satu tu original colour, satu lagi merah (tomato) dan satu lagi hijau (spinach).

Every pasta, macam shell pasta, spaghetti, spirals or lasagna, ada jenis masakan yang tertentu... kalau salah pasta, salah sos or jenis masakan, akan jadi tak sedap...
Spaghetti atau long pasta, normally orang masak dengan sos bolognaise ataupun carbonara (white cream)... Tapi, I pernah juga cuba masak spaghetti ni ala-ala mee goreng... Malaysian sytle. hehe... Sedap jugak. Pandai-pandai je I modified spaghetti orang Itali ni jadi mee goreng kan. Hahaha... Shell and elbow pasta pula, normally boleh buat soup macaroni or macaroni salad.

Ini la Vegeroni spirals pasta. Brand San Remo ni memang jadi pilihan kegemaran I bila masak spaghetti or lain-lain pasta... Australian brand


Hari ni plan memang nak masak pasta. Kebetulan ada spagetti dan vegeroni spirals pasta kat dapur. Spagetti dah selalu sangat masak. Kali ni cuba pasta pulak. Sebenarnya I ni liat juga nak masak short pasta. Sebab kalau masak selalu rasa macam ada je rasa yang tak cukup...

Rasa malas nak keluar beli makanan bungkus. Kalau nak order makan, call saja Ani Sup Utara Restaurant. Diaorang ada delivery service. RM2 service charge. Easy.!!! Bila time-time kita malas nak masak or malas nak keluar beli makanan. Tapi hari ni, teringin pulak nak makan pasta. Lagipun dah janji dengan humaira. dah berhari-hari Humaira tanya bila nak masak pasta... My kids memang suka sangat makan spaghetti or pasta. Lagi-lagi kalau sos bolognaise... sos tomato kan.. budak-budak memang suka.

Before this, I tak pernah masak pasta guna vegeroni spirals. Normally I masak spagetti or shell pasta. So, this is my first time masak pasta guna small vegeroni spirals pasta.
Rupa-rupanya vegeroni spirals pasta ni sedap. Memang sesuai dengan bolognaise sauce. seriously... Patut la my kids makan berselera... I pun makan rasa macam tak nak berenti... macam nak tambah banyak kali... hahaha. My kids makan sampai tambah dua pinggan sorang. Tambah-tambah lagi bila bubuh blackpepper. Humaira memang suka sangat makanan yang ada rasa blackpepper. Her favourite tuh... :)

Vegeroni spirals pasta ni rasa macam light sangat. Bila makan tak rasa muak. Bolognaise sauce tu pula rasa macam sebati dengan pasta tu. Maybe sebab bentuknya...Spiral. So, semua sos masuk kat celah-celah spiral pasta tu kan.

Rasanya I dah jatuh cinta rasa pertama dengan vegeroni spiral ni... hehe... Lagi-lagi I tengah dalam proses diet. Sesuai la. It's100% made from durum wheat and 98% fat free.



Pasta vegeroni spirals yang tengah direbus. tak lama pun nak rebus.kejap je. ada la lebih kurang 4-5 minit... cepat sangat empuk...


Kuah pasta... sos bolognaise... + minced chicken. Selalunya bila I masak kuah bolognaise wajib bubuh button mushroom. Tapi kat rumah takde stok. Malas pulak nak turun kedai pegi beli... So, tak letak mushroom kali ni... tapi still menyelerakan.... yummm... yummy...


A plate of vegeroni spirals bolognaise pasta...


Tengok... licin kan pinggan humaira.... sambil berkata "mummy nak tambah lagi"


Humaidi pun makan sampai licin pinggan tu... Dah abis pun, still nak menyudu lagi tuh... hehe
siap tak pakai baju lagi, anak mummy ni...




Thursday, May 6, 2010

One Nite

Semalam husband I baru balik outstation... Balik untuk satu malam saja... Lepas round Kazakhstan-Russia-Qatar-Bahrain.
Around pukul 4 petang husband I sampai rumah. Balik-balik je petang semalam, husband I terus nak makan. Rindu sangat kot dengan makanan kat rumah. Lagi-lagi rindu dengan masakan I... hehe, perasan le tur... Semalam I masak special sikit. Siakap masak 3 rasa... udang goreng tempura... dan kerabu mangga, favourite husband I... hmmm.. yummy.. yummy...

Seronok tengok husband I makan... sampai licin ikan siakap tu. Kalau tulang ikan tu boleh makan, dengan tulang-tulang sekali dah licin kan.. hehe...My kids pula makan sikit je. Sebab I dah suap diaorang masa lunch tengahari, lepas Humaira balik dari sekolah. My kids tu rindu nak makan dengan papa diaorang... Tu yang nak join I & husband makan skali tu...

Lepas makan, my hubby kata nak rest kejap. Sebab on the way back, dalam taxi, husband I sms... plan nak bawa my kids keluar jalan-jalan. Horray... best nyer... bukan selalu dapat keluar malam-malam weekday ni, kalau takde benda urgent & emergency kan. huhu... Ye la, ni kira umergency la ni... kan husband I nak outstation lagi... sabtu baru balik... huhu...

Lepas mahgrib, kami keluar. Plan asal sebenarnya nak pegi The Curve. Tiba-tiba tukar plan plak... pegi 1 Utama. 1 Utama pun 1 Utama ler. Janji keluar kan.
Saja-saja... hehe... Kalau pegi 1 Utama, apalagi, masuk keluar kedai ler jawab nyer kan... window shopping... hehe
Tetiba teringat, this sunday, Humaira ada sport day... sport shoes Humaira pulak dah kecik... Sampaikan Humaira selalu complaint, sempit.. dah tak selesa kasut tu.

So, masuk Parkson... tengok-tengok kasut ler... Humaira berkenan sangat dengan kasut adidas tuh... pink and purple kaler. Biasa la budak perempuan kan. Husband I apa lagi, kalau anak dia ni minta, mesti nak kena tunaikan. Ye la anak perempuan kesayangan.. hehe.. tq hubby.
Nak tau apa reaksi Humaidi plak...? Tengok kakak dia dapat kasut baru, dia pun nak juga. Nak belikan kasut kat DD, tapi kasut kat rumah pun dia tak pakai sangat... sebab DD tak suka sangat pakai kasut... so, beli kan Humaidi sandal jer... DD suka pakai sandal... maybe dia rasa lagi comfortable...
So, sorang satu dapat hadiah dari papa... seronok sangat my kids... tq again papa...

Jalan punya jalan... terasa dahaga la plak... husband I ajak pegi minum-minum. So, masuk Burger King. Ye la tadi dah siap makan kat rumah kan. So, plan nak makan ringan-ringan jer untuk malam... supper. Husband I beli 2 burger... onion ring... ayam goreng... nugget...
I cuma makan onion ring dan nugget. Tak mau makan burger malam-malam pulak. Tengah diet nih... huhu... So my hubby makan dua-dua la burger tu. Ask my hubby... kenapa makan berselera sekali..? Tadi kat rumah pun makan bersungguh-sungguh, macam tak pernah jumpa makanan... hehee...
Husband I cakap, dia rindu makan kat Malaysia. Nak tahu, masa husband I kat Russia, husband I, and his delegates makan daging kuda... Asal ada official lunch je, makan kuda. Asal dinner je, hidang daging kuda. yerk...!!! haha... Macam mana ler rasanyer daging kuda tu kan. Daging kambing pun I tak reti nak makan, inikan pulak daging kuda... seriously, I tak lalu nak makan... huh..!!!
Mujur la husband I tu survivor... boleh makan apa saja. Tapi kalau dah tiap-tiap hari makan daging kuda, muak la juga kan... iyerk... sabar... sabar...
Tengah-tengah makan tu, banyak kedai pun nak tutup. Tengok-tengok jam, rupanya dah pukul 10 lebih... Tak sedar dah lewat... Kena balik dah. Biasanya time-time macam ni my kids dah tido lena sangat ni. siap mimpi lagi kot.. hehee... Nasib baik rumah dengan 1 utama dekat jer.
Kami kat 1 utama sampai most of the shop dah close. Masuk kereta je, my kids pun terlena... Walaupun sekejap saja dapat jalan-jalan dengan husband I dan my kids, tapi kami betul-betul enjoy dan happy dapat bersama...
thank you hubby... thank you papa...
ONE NITE YANG CUKUP BERMAKNA....


Humaira sempat bergaya last minute sebelum keluar... Humaira memang suka sangat bergaya...

Nak tahu, Humaidi sebenarnya baru lepas bangun... Tido dengan papa... hehe... Tengok muka pun muka baru lepas bangun tido... Bangun-bangun je terus mandi dan siap...


Husband I sempat lagi layan call in sambil driving...errmmm... Perasan tak, kat luar tu hujan... kami keluar ni time hujan...

Happy nya my kids kan... siap jadi prince and princess lagi... hehe....


My hubby berselera sungguh makan burger tuh... tuh burger 1st round... yumm... yummy...

Tengah diet nih... I tak makan banyak sangat... hehe... tengok Husband I and kids je makan...


Friday, April 23, 2010

Nanny

Weekend ni I plan tak keluar pegi mana-mana. My hubby pun takde. Tak balik outstation lagi. Malas pula nak keluar sorang-sorang bawa Humaira & Humaidi. Bukannya apa, I tak reti nak control diaorang nanti. Kalau setakat bawa breakfast kat Mcdonald dekat-dekat area rumah takpe la... or pegi beli barang dapur kat MaxValue.. boleh handle lagi. Tapi kalau pegi 1Utama ke.. The Curve ke.. IKEA ke.. tempat-tempat yang I & my family selalu lepak weekend2, pening kepala ler jawabnye dengan dua orang budak kecil tu. Hehe.. Lagipun dah 2 hari keluar dengan kakIja, my neighbour. Pegi levi's kids sale at uptown & ikea. So, hari ni plan nak lepak kat rumah saja.

Pagi tadi, kak Ija tanya kalau boloeh tumpangkan her daughter Natasha, at my house...
sebab kak Ija and her husband nak keluar beli kain. Natasha & Humaira classmate kat Q-dess. Tu pasal they're very close... so, I kata kat kak Ija. Ok no problem.
Diaorang bole main sesama kan. nanti bosan pulak Humaira sebab I tak bawa keluar pegi mana-mana.

Nampak Humaira dan Natasha main sesama, datang pulak Daniel. Daniel ni pulak anak my neighbour depan rumah, Farah. Farah ni anak kepada guitaris terkenal, Man Kidal. So, Daniel ni cucu Man Kidal ler. Mama Daniel ni baru lepas bersalin anak kedua. Still dalam confinement lagi. Maybe that' why, Daniel suka datang main dengan Humaira dan Natasha. Dia takde kawan nak main agaknya.
So, kiranya hari ni I jadi nanny ler... hehe

Tadi kak Ija hantar roti canai. Dia beli tadi. so, I pun bagi my kids, Natasha & Daniel breakfast roti canai tu. Seronok tengok diaorang makan sesama. Biasanya budak-budak memang seronok bila dapat makan ramai-ramai. tengok budak lain makan, automatically diaorang akan berselera nak makan.

Ni masa tulis post ni pun, diaorang tengah main kat dalam bilik Humaira. Siap tutup pintu lagi. Main rumah-rumah. Dengar diaorang tengah berlakon. Yang sorang jadi abang. sorang jadi mak. Yang sorang pulak jadi kakak. Lepas tu dengar pula diaorang main restaurant-restaurant. Yang sorang jadi waitress. yang 2 lagi jadi customer. Humaidi pun ikut tumpang sekali. Hehe... Bila budak-budak dah main, memang bersepah le jawabnyer. Takper... Diaorang tengah dalam proses perkembangan dan pembesaran. Kan main tu part of child development. Masa ni la diaorang boleh berimaginasi. Masa ni la diaorang tunjukkan kreativiti kan... So, biar diaorang main dulu... Biar diaorang perasan jadi orang besar dulu.. Biar diaorang berimaginasi jadi macam-macam dulu.. Biar diaorang sepah-sepah dulu... Kemas belakang kira... Lepas main, I akan train diaorang kemas balik... macam I train Humaira...
Macam ni kira I boleh buka nursery la kan... hehe...



Stationery...

Masa balik sekolah semalam, I tanya Humaira bawa balik eraser ke tak... muka Humaira macam takut... So, i syak mesti hilang lagi... Humaira jawab, her friend yang ambil & buang... I cakap kat Humaira, mummy don't care, sape-sape pun yang buang... that ur things... barang sendiri kena jaga sendiri... awak tak jaga dengan betul, sebab tu boleh hilang...
Semalam I dah ingatkan pada Humaira, make sure bawa balik eraser tu. Kalau tak, Humaira akan kena punish dengan mummy... duduk kat luar rumah...

YES... I buat... I denda Humaira seperti yang dijanjikan... duduk kat luar rumah. I selalu cakap pada Humaira, bila buat salah, mesti kena punish... Semalam I dah cakap pada Humaira... dan Humaira faham. Kalau I tak buat, Humaira akan anggap I buat tak kisah kalau dia buat salah... dan dia akan buat salah lagi... dan lagi... So, this time I kena tegas.
Lepas suap Humaira makan, I suruh Humaira duduk luar. Dengan tangisan yang teresak esak Humaira keluar... tutup pintu. Dari tingkap, I tengok Humaira duduk atas basikal sambil kepala terlentok kat dinding koridor dengan tangisan yang teresak esak.
Tak lama pun Humaira duduk luar, kejap saja. Ada la dalam 15 minit... Tapi punish tetap punish kan... Itu saja yang nak highlight kat Humaira...

Humaira memang tak pandai jaga her stationery. Setiap hari bawa pensel ke sekolah, balik sekolah, satu pensel pun takde. Bawa pencil box, complete dengan pensel, ruler, eraser & shaperner, bawa balik pencil box yang kosong... Setiap hari, bila buat homework kat rumah, Humaira akan cari pensel lain yang ada kat rumah... Bila buat mistake, eraser takde, erase guna jari... sampai hitam buku tu. Tu yang buat I bengang.

Sebelum ni, I akan ganti balik setiap hari barang2 sekolah Humaira... Lama kelamaan i dah give up... I cuma akan bagi satu pensel dan eraser saja untuk Humaira guna kat sekolah...

Sebenarnya I sedar, dia masih budak-budak lagi. Budak-budak mana pandai jaga barang-barang kan. Lagi-lagi kalau budak yang dah biasa dapat apa sahaja yang diaorang nak kan. Macam Humaira, dia akan dapat apa saja yang dia nak... samaada lambat atau cepat, my hubby akan pastikan apa yang Humaira nak, dia berikan. Sebab tu kadang2 nampak mcm Humaira tak appreciate apa yang dia dapat... sekejap saja dia akan rasa bosan dengan benda tu. toys, buku etc... eeerrmmm

Petang semalam, I duduk dengan Humaira... Asah semua colour pencil Humaira... Sambil asah, I cakap balik pada Humaira, why mummy kena punish Humaira. Supaya Humaira ingat, dan takkan hilangkan stationery lagi...
I told her, next year Humaira kan masuk standard 1 (sekolah rendah tu Humaira cakap sekolah besar... ramai student). Semua student akan bawa stationery sendiri. Kalau lupa bawa pensel, teacher takkan bagi pinjam, macam kat kindergarden sekarang ni. Kawan-kawan pun takkan bagi pinjam. Macam tu juga eraser, shaperner, ruler & colour. So, from now on, Humaira kena practise jaga your own stationery.. Humaira nampak faham apa yang I cakap kat dia... Then I tolong Humaira prepare all her stationery untuk sekolah tommorow... Complete.

Tengahari tadi, when she came back from school, Humaira tunjuk eraser yang kawan dia buang semalam... "mummy, tadi masa exercise, Humaira jumpa balik eraser ni... nasib baik Humaira jumpa balik... Humaira janji Humaira takkan hilangkan brg Humaira lagi..." Sedih bila dengar Humaira cakap macam tu. I hukum humaira duduk kat luar rumah for 15 minute, dan slow talk dengan dia petang semalam, nampaknya, memang worth it...!!! Tak perlu ada jeritan & tengkingan... Tak perlu naik tangan pukul anak. Sedikit punishment dan slow talk, sudah cukup untuk mengajar Humaira. Stationery yang i prepare untuk Humaira semalam pun tak hilang. Humaira bawa balik semuanya... Good job Humaira...
Tengok la 2 - 3 hari lagi... Macamana progress Humaira pasal jaga her own stationery ni kan...

InsyaAllah Humaira boleh... Humaira is a good girl.. mummy tau... mummy luv u Humaira... :)

Thursday, April 22, 2010

Pengalaman Umrah

Kali ni I ingin berkongsi pengalaman semasa I & family mengerjakan Umrah baru2 ini... Alhamdulillah, dengan izin Allah akhirnya I dapat menjejakkan kaki ke Tanah suci Mekah. Lagi-lagi bersama keluarga tercinta... with my hubby & my kids. Actually, my hubby telah mengerjakan umrah selama 8 kali. Dan ini umrah yang ke9 baginya... kerana setiap kali my hubby ada meeting & site visit di Jeddah & Mekah, dia berkesempatan mengerjakan umrah terlebih dahulu. So, I tak la risau sgt... sbb my hubby sudah biasa dengan Umrah & Mekah.

Kami tiba di Jeddah around 9 malam. Ketibaan kami disambut oleh staf Rayhar Travel agency di Jeddah. Memandangkan I & my family ke Mekah sendiri, tidak mengikuti group package, jadi kami tidak melawat ke Madinah. Dari Jeddah kami terus ke Mekah. From Jeddah Airport, kami menaiki taxi yang disediakan oleh Rayhar Travel untuk sampai ke tanah suci Mekah. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa selama sejam...
Kami tiba di Tanah Suci Mekah around 11 malam. Di Mekah, kami menginap di Hilton Hotel Mecca.
Sampai sahaja di bilik, kami berehat sekejap dan membersihkan diri dan bersiap2 untuk terus mengerjakan umrah. I & hubby telah berihram dan berniat di dalam plane lagi.
Dalam pukul 12 tengahmalam, I, hubby & anak-anak melangkah masuk ke dalam MasjidilHaram untuk mengerjakan ibadah Umrah... Walaupun waktu sudah tengahmalam dan badan agak letih kerana perjalanan yang jauh dari Malaysia ke Mekah, tapi I betul-betul excited untuk mengerjakan umrah. Anak-anak pun sama... Humaira & Humaidi juga terlalu seronok... seakan2 mereka juga tahu apa itu umrah... kaabah... & Mekah... :)

Sebaik melangkah masuk ke dalam Masjidil Haram, terasa ketenangan yang amat sangat... Indah... terlalu indah... itu la yang dapat mengambarkan betapa cantiknya Masjidil Haram... I mendekati Kaabah untuk pertama kalinya in my life. Airmata menitis sebaik mendekati kaabah... sebak... Seakan tidak tergambar perasaan I ketika itu... I still can't believe, I betul-betul berada di depan kaabah... semuanya kerana izin Tuhan... Alhamdulillah...


Kami memulakan Umrah dengan mengerjakan ibadah tawaf. Kehadiran jemaah yang tidak ramai, memudahkan kami berjalan mengelilingi kaabah melakukan tawaf. Sepanjang tawaf, my hubby mendukung Humaidi... I pulak memegang Humaira. Selesai 7 pusingan tawaf, kami mengerjakan solat sunat sebelum mengerjakan saie...

Untuk memudahkan saie, kami menyewa wheelchair untuk Humaira & Humaidi. My hubby cakap, dia takkan larat dukung Humaidi sepanjang saie. dan Humaira juga takkan larat jalan dari Bukit Safa dan Marwah sebanyak 7 kali. Ye la kan, my hubby ada experience sebelum ni. That's why kami kena sewa wheelchair, bagi anak-anak duduk. My hubby menolak anak-anak dengan wheelchair, sambil mengerjakan saie. Selesai saie, kami bertahalul (bergunting).
Maka selesai la Umrah kami... Alhamdulillah, apa yang I pelajari sebelum umrah, dapat I laksanakan. Kalau tak hafal semua doa untuk tawaf dan saie, bawa saja buku panduan umrah yang ada doa-doa. Hari2 berikutnya I & hubby hanya melakukan tawaf sunat... solat di Masjidil Haram... solat hajat... membaca alquran di Masjidil Haram... berdoa... menyampaikan doa dari family & kawan2...

Sesungguhnya pengalaman Umrah pertama kali ini amat berharga... Bila berdiri sendiri di depan Kaabah dan dapat menyentuh Kaabah, terdetik di dalam hati, "InsyaAllah aku akan datang lagi..."



Me, hubby & kids dalam Masjidil Haram... ni hari kedua kami di Mekah... baru selesai mengerjakan tawaf sunat... gambar2 semasa Umrah dan berihram pada hari pertama kami di Mekah, tak sempat ambil... sebab memang waktu tu kami fokus nak buat Umrah saja... tak terfikir pulak nak tangkap gambar... :)

Saat ini la yang paling Humaira & Humaidi suka... masuk Masjidil Haram, dapat minum air zamzam... Humaira & Humaidi akan minum bergelas2 air zamzam tu... Ada yang sejuk & ada yang biasa... Humaira & Humaidi suka yang sejuk... hehe

Dalam Masjidil Haram... Lihat la betapa indahnya... Tenang sangat-sangat....


Papa & adik tengah bertafakur di dalam Masjidil haram... ke tengah berehat... huhu... ni lepas solat maghrib sementara menunggu solat isya'...
Anak-anak soleh & solehah... bertuahkan anak sekecil ini dapat menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah... Alhamdulillah... Mummy & papa pun dapat pegi masa dah tua2 begini...


Wednesday, April 21, 2010

New Home

Sudah hampir 4 bulan I dan family berpindah ke rumah baru...
seperti kata my husband, "rumah impian kita"...
Konon2 nak pindah masuk on 13 Dec last year... my birthday & our wedding anniversary... jadi special ckit ler. Tapi memandangkan renovation tak dpt disiapkan awal, so kami postpone sampai semua kerja renovation siap sepenuhnya.

Maklum la rumah baru kan... nak jugak la kelihatan cantik.
Semua perabot lama kami tinggalkan kat rumah lama... siap dengan baby cot lagi. Begitu juga dengan barang-barang elektrik... washing machine, frigde, tv, etc... Semuanya ditinggalkan. Plan nak sewakan rmh lama tu.
Fully furnish.. up la ckit sewa kan.. hehe

So, masuk pindah rumah baru ni, I dan hubby decide nak bli semua barang baru.
Macam org baru2 kawen kan... semua benda kena bli.. hah, mcm tu la kami.
Bila dah masuk rmh baru, mcm2 nak kena buat. Pasang grill, cat, kitchen cabinet, built in wardrobe, pasang lampu, curtain, etc... cost renovation saja, memeningkan kepala.!!! Konon-konon budget dalam 20k-30k je. Tapi terlebih jugak.. huhu... botak la kepala my hubby.

Sekarang ni pun, I still dalam proses mendekorasi rumah ni. siapa ID nyer.. hehe.. siapa lg klu bukan I... Memandangkan I tak berkerja, so keja-keja mendekorasi rumah ni, my hubby serahkan bulat-bulat pada la pada I.. I memang minat sangat nak hias-hias rumah. Semua perempuan mcm tu la kan.. Lagi2 kalau dah jadi wife.

Kalau kat rumah lama, konsep rumah ala2 modern kotemporari. Konsep my new house ni pula, modern classic... Kebanyakan furniture untuk living area dan dining area termasuk kitchen kabinet berwarna hitam. Hitam kan nampak elegant, mewah & classic... That's why i pilih untuk konsep rumah baru I ni. I ambil masa berbulan-bulan juga nak study pasal ID ni... kalau nak upah ID kan mahal... So, buat sendiri la kan. Rumah sendiri, idea sendiri... baru kena dengan jiwa kita kan. hehe... Yang penting kita dan family rasa selesa...
Yang penting my family happy dengan hasil sentuhan ID dari mummy ni... Hehe



Dua gambar ni je la ye... sebab I tak siap hias lagi... Hehe... Yang kat atas tu dining area... Yang kat bawah living area...