Friday, April 23, 2010

Stationery...

Masa balik sekolah semalam, I tanya Humaira bawa balik eraser ke tak... muka Humaira macam takut... So, i syak mesti hilang lagi... Humaira jawab, her friend yang ambil & buang... I cakap kat Humaira, mummy don't care, sape-sape pun yang buang... that ur things... barang sendiri kena jaga sendiri... awak tak jaga dengan betul, sebab tu boleh hilang...
Semalam I dah ingatkan pada Humaira, make sure bawa balik eraser tu. Kalau tak, Humaira akan kena punish dengan mummy... duduk kat luar rumah...

YES... I buat... I denda Humaira seperti yang dijanjikan... duduk kat luar rumah. I selalu cakap pada Humaira, bila buat salah, mesti kena punish... Semalam I dah cakap pada Humaira... dan Humaira faham. Kalau I tak buat, Humaira akan anggap I buat tak kisah kalau dia buat salah... dan dia akan buat salah lagi... dan lagi... So, this time I kena tegas.
Lepas suap Humaira makan, I suruh Humaira duduk luar. Dengan tangisan yang teresak esak Humaira keluar... tutup pintu. Dari tingkap, I tengok Humaira duduk atas basikal sambil kepala terlentok kat dinding koridor dengan tangisan yang teresak esak.
Tak lama pun Humaira duduk luar, kejap saja. Ada la dalam 15 minit... Tapi punish tetap punish kan... Itu saja yang nak highlight kat Humaira...

Humaira memang tak pandai jaga her stationery. Setiap hari bawa pensel ke sekolah, balik sekolah, satu pensel pun takde. Bawa pencil box, complete dengan pensel, ruler, eraser & shaperner, bawa balik pencil box yang kosong... Setiap hari, bila buat homework kat rumah, Humaira akan cari pensel lain yang ada kat rumah... Bila buat mistake, eraser takde, erase guna jari... sampai hitam buku tu. Tu yang buat I bengang.

Sebelum ni, I akan ganti balik setiap hari barang2 sekolah Humaira... Lama kelamaan i dah give up... I cuma akan bagi satu pensel dan eraser saja untuk Humaira guna kat sekolah...

Sebenarnya I sedar, dia masih budak-budak lagi. Budak-budak mana pandai jaga barang-barang kan. Lagi-lagi kalau budak yang dah biasa dapat apa sahaja yang diaorang nak kan. Macam Humaira, dia akan dapat apa saja yang dia nak... samaada lambat atau cepat, my hubby akan pastikan apa yang Humaira nak, dia berikan. Sebab tu kadang2 nampak mcm Humaira tak appreciate apa yang dia dapat... sekejap saja dia akan rasa bosan dengan benda tu. toys, buku etc... eeerrmmm

Petang semalam, I duduk dengan Humaira... Asah semua colour pencil Humaira... Sambil asah, I cakap balik pada Humaira, why mummy kena punish Humaira. Supaya Humaira ingat, dan takkan hilangkan stationery lagi...
I told her, next year Humaira kan masuk standard 1 (sekolah rendah tu Humaira cakap sekolah besar... ramai student). Semua student akan bawa stationery sendiri. Kalau lupa bawa pensel, teacher takkan bagi pinjam, macam kat kindergarden sekarang ni. Kawan-kawan pun takkan bagi pinjam. Macam tu juga eraser, shaperner, ruler & colour. So, from now on, Humaira kena practise jaga your own stationery.. Humaira nampak faham apa yang I cakap kat dia... Then I tolong Humaira prepare all her stationery untuk sekolah tommorow... Complete.

Tengahari tadi, when she came back from school, Humaira tunjuk eraser yang kawan dia buang semalam... "mummy, tadi masa exercise, Humaira jumpa balik eraser ni... nasib baik Humaira jumpa balik... Humaira janji Humaira takkan hilangkan brg Humaira lagi..." Sedih bila dengar Humaira cakap macam tu. I hukum humaira duduk kat luar rumah for 15 minute, dan slow talk dengan dia petang semalam, nampaknya, memang worth it...!!! Tak perlu ada jeritan & tengkingan... Tak perlu naik tangan pukul anak. Sedikit punishment dan slow talk, sudah cukup untuk mengajar Humaira. Stationery yang i prepare untuk Humaira semalam pun tak hilang. Humaira bawa balik semuanya... Good job Humaira...
Tengok la 2 - 3 hari lagi... Macamana progress Humaira pasal jaga her own stationery ni kan...

InsyaAllah Humaira boleh... Humaira is a good girl.. mummy tau... mummy luv u Humaira... :)

No comments:

Post a Comment