Friday, April 23, 2010

Nanny

Weekend ni I plan tak keluar pegi mana-mana. My hubby pun takde. Tak balik outstation lagi. Malas pula nak keluar sorang-sorang bawa Humaira & Humaidi. Bukannya apa, I tak reti nak control diaorang nanti. Kalau setakat bawa breakfast kat Mcdonald dekat-dekat area rumah takpe la... or pegi beli barang dapur kat MaxValue.. boleh handle lagi. Tapi kalau pegi 1Utama ke.. The Curve ke.. IKEA ke.. tempat-tempat yang I & my family selalu lepak weekend2, pening kepala ler jawabnye dengan dua orang budak kecil tu. Hehe.. Lagipun dah 2 hari keluar dengan kakIja, my neighbour. Pegi levi's kids sale at uptown & ikea. So, hari ni plan nak lepak kat rumah saja.

Pagi tadi, kak Ija tanya kalau boloeh tumpangkan her daughter Natasha, at my house...
sebab kak Ija and her husband nak keluar beli kain. Natasha & Humaira classmate kat Q-dess. Tu pasal they're very close... so, I kata kat kak Ija. Ok no problem.
Diaorang bole main sesama kan. nanti bosan pulak Humaira sebab I tak bawa keluar pegi mana-mana.

Nampak Humaira dan Natasha main sesama, datang pulak Daniel. Daniel ni pulak anak my neighbour depan rumah, Farah. Farah ni anak kepada guitaris terkenal, Man Kidal. So, Daniel ni cucu Man Kidal ler. Mama Daniel ni baru lepas bersalin anak kedua. Still dalam confinement lagi. Maybe that' why, Daniel suka datang main dengan Humaira dan Natasha. Dia takde kawan nak main agaknya.
So, kiranya hari ni I jadi nanny ler... hehe

Tadi kak Ija hantar roti canai. Dia beli tadi. so, I pun bagi my kids, Natasha & Daniel breakfast roti canai tu. Seronok tengok diaorang makan sesama. Biasanya budak-budak memang seronok bila dapat makan ramai-ramai. tengok budak lain makan, automatically diaorang akan berselera nak makan.

Ni masa tulis post ni pun, diaorang tengah main kat dalam bilik Humaira. Siap tutup pintu lagi. Main rumah-rumah. Dengar diaorang tengah berlakon. Yang sorang jadi abang. sorang jadi mak. Yang sorang pulak jadi kakak. Lepas tu dengar pula diaorang main restaurant-restaurant. Yang sorang jadi waitress. yang 2 lagi jadi customer. Humaidi pun ikut tumpang sekali. Hehe... Bila budak-budak dah main, memang bersepah le jawabnyer. Takper... Diaorang tengah dalam proses perkembangan dan pembesaran. Kan main tu part of child development. Masa ni la diaorang boleh berimaginasi. Masa ni la diaorang tunjukkan kreativiti kan... So, biar diaorang main dulu... Biar diaorang perasan jadi orang besar dulu.. Biar diaorang berimaginasi jadi macam-macam dulu.. Biar diaorang sepah-sepah dulu... Kemas belakang kira... Lepas main, I akan train diaorang kemas balik... macam I train Humaira...
Macam ni kira I boleh buka nursery la kan... hehe...



No comments:

Post a Comment