Friday, April 23, 2010
Nanny
Pagi tadi, kak Ija tanya kalau boloeh tumpangkan her daughter Natasha, at my house...
sebab kak Ija and her husband nak keluar beli kain. Natasha & Humaira classmate kat Q-dess. Tu pasal they're very close... so, I kata kat kak Ija. Ok no problem.
Diaorang bole main sesama kan. nanti bosan pulak Humaira sebab I tak bawa keluar pegi mana-mana.
Nampak Humaira dan Natasha main sesama, datang pulak Daniel. Daniel ni pulak anak my neighbour depan rumah, Farah. Farah ni anak kepada guitaris terkenal, Man Kidal. So, Daniel ni cucu Man Kidal ler. Mama Daniel ni baru lepas bersalin anak kedua. Still dalam confinement lagi. Maybe that' why, Daniel suka datang main dengan Humaira dan Natasha. Dia takde kawan nak main agaknya.
So, kiranya hari ni I jadi nanny ler... hehe
Tadi kak Ija hantar roti canai. Dia beli tadi. so, I pun bagi my kids, Natasha & Daniel breakfast roti canai tu. Seronok tengok diaorang makan sesama. Biasanya budak-budak memang seronok bila dapat makan ramai-ramai. tengok budak lain makan, automatically diaorang akan berselera nak makan.
Ni masa tulis post ni pun, diaorang tengah main kat dalam bilik Humaira. Siap tutup pintu lagi. Main rumah-rumah. Dengar diaorang tengah berlakon. Yang sorang jadi abang. sorang jadi mak. Yang sorang pulak jadi kakak. Lepas tu dengar pula diaorang main restaurant-restaurant. Yang sorang jadi waitress. yang 2 lagi jadi customer. Humaidi pun ikut tumpang sekali. Hehe... Bila budak-budak dah main, memang bersepah le jawabnyer. Takper... Diaorang tengah dalam proses perkembangan dan pembesaran. Kan main tu part of child development. Masa ni la diaorang boleh berimaginasi. Masa ni la diaorang tunjukkan kreativiti kan... So, biar diaorang main dulu... Biar diaorang perasan jadi orang besar dulu.. Biar diaorang berimaginasi jadi macam-macam dulu.. Biar diaorang sepah-sepah dulu... Kemas belakang kira... Lepas main, I akan train diaorang kemas balik... macam I train Humaira...
Macam ni kira I boleh buka nursery la kan... hehe...
Stationery...
Semalam I dah ingatkan pada Humaira, make sure bawa balik eraser tu. Kalau tak, Humaira akan kena punish dengan mummy... duduk kat luar rumah...
YES... I buat... I denda Humaira seperti yang dijanjikan... duduk kat luar rumah. I selalu cakap pada Humaira, bila buat salah, mesti kena punish... Semalam I dah cakap pada Humaira... dan Humaira faham. Kalau I tak buat, Humaira akan anggap I buat tak kisah kalau dia buat salah... dan dia akan buat salah lagi... dan lagi... So, this time I kena tegas.
Lepas suap Humaira makan, I suruh Humaira duduk luar. Dengan tangisan yang teresak esak Humaira keluar... tutup pintu. Dari tingkap, I tengok Humaira duduk atas basikal sambil kepala terlentok kat dinding koridor dengan tangisan yang teresak esak.
Tak lama pun Humaira duduk luar, kejap saja. Ada la dalam 15 minit... Tapi punish tetap punish kan... Itu saja yang nak highlight kat Humaira...
Humaira memang tak pandai jaga her stationery. Setiap hari bawa pensel ke sekolah, balik sekolah, satu pensel pun takde. Bawa pencil box, complete dengan pensel, ruler, eraser & shaperner, bawa balik pencil box yang kosong... Setiap hari, bila buat homework kat rumah, Humaira akan cari pensel lain yang ada kat rumah... Bila buat mistake, eraser takde, erase guna jari... sampai hitam buku tu. Tu yang buat I bengang.
Sebelum ni, I akan ganti balik setiap hari barang2 sekolah Humaira... Lama kelamaan i dah give up... I cuma akan bagi satu pensel dan eraser saja untuk Humaira guna kat sekolah...
Sebenarnya I sedar, dia masih budak-budak lagi. Budak-budak mana pandai jaga barang-barang kan. Lagi-lagi kalau budak yang dah biasa dapat apa sahaja yang diaorang nak kan. Macam Humaira, dia akan dapat apa saja yang dia nak... samaada lambat atau cepat, my hubby akan pastikan apa yang Humaira nak, dia berikan. Sebab tu kadang2 nampak mcm Humaira tak appreciate apa yang dia dapat... sekejap saja dia akan rasa bosan dengan benda tu. toys, buku etc... eeerrmmm
Petang semalam, I duduk dengan Humaira... Asah semua colour pencil Humaira... Sambil asah, I cakap balik pada Humaira, why mummy kena punish Humaira. Supaya Humaira ingat, dan takkan hilangkan stationery lagi...
I told her, next year Humaira kan masuk standard 1 (sekolah rendah tu Humaira cakap sekolah besar... ramai student). Semua student akan bawa stationery sendiri. Kalau lupa bawa pensel, teacher takkan bagi pinjam, macam kat kindergarden sekarang ni. Kawan-kawan pun takkan bagi pinjam. Macam tu juga eraser, shaperner, ruler & colour. So, from now on, Humaira kena practise jaga your own stationery.. Humaira nampak faham apa yang I cakap kat dia... Then I tolong Humaira prepare all her stationery untuk sekolah tommorow... Complete.
Tengahari tadi, when she came back from school, Humaira tunjuk eraser yang kawan dia buang semalam... "mummy, tadi masa exercise, Humaira jumpa balik eraser ni... nasib baik Humaira jumpa balik... Humaira janji Humaira takkan hilangkan brg Humaira lagi..." Sedih bila dengar Humaira cakap macam tu. I hukum humaira duduk kat luar rumah for 15 minute, dan slow talk dengan dia petang semalam, nampaknya, memang worth it...!!! Tak perlu ada jeritan & tengkingan... Tak perlu naik tangan pukul anak. Sedikit punishment dan slow talk, sudah cukup untuk mengajar Humaira. Stationery yang i prepare untuk Humaira semalam pun tak hilang. Humaira bawa balik semuanya... Good job Humaira...
Tengok la 2 - 3 hari lagi... Macamana progress Humaira pasal jaga her own stationery ni kan...
InsyaAllah Humaira boleh... Humaira is a good girl.. mummy tau... mummy luv u Humaira... :)
Thursday, April 22, 2010
Pengalaman Umrah
Kami memulakan Umrah dengan mengerjakan ibadah tawaf. Kehadiran jemaah yang tidak ramai, memudahkan kami berjalan mengelilingi kaabah melakukan tawaf. Sepanjang tawaf, my hubby mendukung Humaidi... I pulak memegang Humaira. Selesai 7 pusingan tawaf, kami mengerjakan solat sunat sebelum mengerjakan saie...
Untuk memudahkan saie, kami menyewa wheelchair untuk Humaira & Humaidi. My hubby cakap, dia takkan larat dukung Humaidi sepanjang saie. dan Humaira juga takkan larat jalan dari Bukit Safa dan Marwah sebanyak 7 kali. Ye la kan, my hubby ada experience sebelum ni. That's why kami kena sewa wheelchair, bagi anak-anak duduk. My hubby menolak anak-anak dengan wheelchair, sambil mengerjakan saie. Selesai saie, kami bertahalul (bergunting).
Maka selesai la Umrah kami... Alhamdulillah, apa yang I pelajari sebelum umrah, dapat I laksanakan. Kalau tak hafal semua doa untuk tawaf dan saie, bawa saja buku panduan umrah yang ada doa-doa. Hari2 berikutnya I & hubby hanya melakukan tawaf sunat... solat di Masjidil Haram... solat hajat... membaca alquran di Masjidil Haram... berdoa... menyampaikan doa dari family & kawan2...
Sesungguhnya pengalaman Umrah pertama kali ini amat berharga... Bila berdiri sendiri di depan Kaabah dan dapat menyentuh Kaabah, terdetik di dalam hati, "InsyaAllah aku akan datang lagi..."
Me, hubby & kids dalam Masjidil Haram... ni hari kedua kami di Mekah... baru selesai mengerjakan tawaf sunat... gambar2 semasa Umrah dan berihram pada hari pertama kami di Mekah, tak sempat ambil... sebab memang waktu tu kami fokus nak buat Umrah saja... tak terfikir pulak nak tangkap gambar... :)
Saat ini la yang paling Humaira & Humaidi suka... masuk Masjidil Haram, dapat minum air zamzam... Humaira & Humaidi akan minum bergelas2 air zamzam tu... Ada yang sejuk & ada yang biasa... Humaira & Humaidi suka yang sejuk... hehe
Dalam Masjidil Haram... Lihat la betapa indahnya... Tenang sangat-sangat....
Papa & adik tengah bertafakur di dalam Masjidil haram... ke tengah berehat... huhu... ni lepas solat maghrib sementara menunggu solat isya'...
Wednesday, April 21, 2010
New Home
seperti kata my husband, "rumah impian kita"...
Konon2 nak pindah masuk on 13 Dec last year... my birthday & our wedding anniversary... jadi special ckit ler. Tapi memandangkan renovation tak dpt disiapkan awal, so kami postpone sampai semua kerja renovation siap sepenuhnya.
Maklum la rumah baru kan... nak jugak la kelihatan cantik.
Semua perabot lama kami tinggalkan kat rumah lama... siap dengan baby cot lagi. Begitu juga dengan barang-barang elektrik... washing machine, frigde, tv, etc... Semuanya ditinggalkan. Plan nak sewakan rmh lama tu.
Fully furnish.. up la ckit sewa kan.. hehe
So, masuk pindah rumah baru ni, I dan hubby decide nak bli semua barang baru.
Macam org baru2 kawen kan... semua benda kena bli.. hah, mcm tu la kami.
Bila dah masuk rmh baru, mcm2 nak kena buat. Pasang grill, cat, kitchen cabinet, built in wardrobe, pasang lampu, curtain, etc... cost renovation saja, memeningkan kepala.!!! Konon-konon budget dalam 20k-30k je. Tapi terlebih jugak.. huhu... botak la kepala my hubby.
Sekarang ni pun, I still dalam proses mendekorasi rumah ni. siapa ID nyer.. hehe.. siapa lg klu bukan I... Memandangkan I tak berkerja, so keja-keja mendekorasi rumah ni, my hubby serahkan bulat-bulat pada la pada I.. I memang minat sangat nak hias-hias rumah. Semua perempuan mcm tu la kan.. Lagi2 kalau dah jadi wife.
Kalau kat rumah lama, konsep rumah ala2 modern kotemporari. Konsep my new house ni pula, modern classic... Kebanyakan furniture untuk living area dan dining area termasuk kitchen kabinet berwarna hitam. Hitam kan nampak elegant, mewah & classic... That's why i pilih untuk konsep rumah baru I ni. I ambil masa berbulan-bulan juga nak study pasal ID ni... kalau nak upah ID kan mahal... So, buat sendiri la kan. Rumah sendiri, idea sendiri... baru kena dengan jiwa kita kan. hehe... Yang penting kita dan family rasa selesa...